Tuesday, March 19, 2013

20 Fakta Menarik Mengenai Lelaki

Fictitious by chickyirdawati at Tuesday, March 19, 2013


1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
...
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan bererti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4.Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

5.. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

6. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

7. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

8. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

9.Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

10. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

11. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

12. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

13. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

14.Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

15. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

16. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

17. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

18.Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

19. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

20.Lelaki sangat menyayangi ibunya







Nota Kaki : Nape aku post fakta ni?? Sbb aku rasa fakta ni mmg boleh pakai. Boleh r nk wat guidance kan hehe *dlm ati de taman*


post signature

++ enjoy lil things in life ++

0 comments:

 

✿Chicky's Little Voice✿ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting