OK... This time Mak Jemah nk menceceh panjang2 bg bosan haha Bukan aku menceceh pon, aku copy paste je pon. Tapi bnde bagus gk utk share. So boelh blaja skit2 attitude perangai org yg kdng2 susah kite nk nmpak. OK lets jommmmmmm =)
Memula tgk bfdae terkategori dlm kaler pe. Byk nye kategori..Pening Mak Jemah huhu
Da tu tgk kt maksud nye ikot warne td tu. Yg ni wat excited hehe
2 Disember hingga 11 Januari – Oren
12 Januari hingga 24 Januari – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari – Merah Jambu
4 Februari hingga 8
Februari – Biru
9 Februari hingga 18
Februari – Hijau
19 Februari hingga 28
Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac –
Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac
– Lime
21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac
– Ungu
1 April hingga 10
April – Biru Laut
11 April hingga 20 April – Perak
21 April hingga 30
April - Putih
1 Mei hingga 14 Mei –
Biru
15 Mei hingga 24 Mei
– Emas
25 Mei hingga 3 Jun –
Krim
4 Jun hingga 13 Jun –
Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun
– Maroon
24 Jun – Kelabu
25 Jun hingga 4 Julai
– Merah
5 Julai hingga 14
Julai – Oren
15 Julai hingga 25
Julai – Kuning
26 Julai hingga 4
Ogos – Merah Jambu
5 Ogos hingga 13 Ogos
– Biru Laut
14 Ogos hingga 23
Ogos – Hijau
24 Ogos hingga 2
September – Aqua (Biru Kehijauan)
3 September hingga 22
September – Lime
23 September – Olive
24 September hingga 3
Oktober – Ungu
4 Oktober hingga 13
Oktober – Biru
14 Oktober hingga 23
Oktober – Perak
24 Oktober hingga 11
November – Putih
12 November hingga 21
November – Emas
22 November hingga 1
Disember – Krim
2 Disember hingga 11
Disember – Kelabu
12 Disember hingga 21
Disember – Maroon
22 Disember – Teal
Merah (Kayu)
MERAH
Selalunya mereka yang
mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai.
Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira
namun kadangkala dilanda ‘angin satu bandan’! Taman/kekasih yang diingini ialah
mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa
bila berdampingan dengan meraka.
KRIM
Ha! Kamu ini seorang
yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya.
Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain
untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan ‘kehilangan’
sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang ceria
selalu! Sebagai seorang kawan kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.
Dari segi percintaan, kamu amat berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta
dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang
benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk
melafazkan sayang!
TEAL MERAH (WARNA KAYU)
Bukan main lagi kamu
ni yek! Tak kira lelaki taupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan
dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat
keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu
masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu
tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang
lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
membuatkan diri kamu punyai ramai teman.
MERAH JAMBU
Kamu akan berusaha
sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan
serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang-orang di
sekelilignya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja
berprasangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan
percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
HIJAU
Salah satu kelebihan
yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru
dikenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak
sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-kata kamu saja!
Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih
hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa
dengan jejaka/gadis yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
EMAS
Kamu seorang yang
tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang
yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih
biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar
berjumpa dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya
pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu
jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING
Kamu seorang yang
manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada
disekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah
perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak
kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana
fikiran kamu yang jauh ke dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa
saja berminat hal-hal yang romentik bersama si dia. Alahai!
MAROON
Bagi kamu yang
mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa
yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuati itu
menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau
pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu
cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga
terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!
OREN
Syabas! Kamu ini
jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap-tiap perbuatan yang
kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung.
Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini membuatkan
diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang
menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh
soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang
lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia!
Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat
penting!
UNGU
Amboi! Kamu ini
gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu
kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Kamu juga mempunyai daya penarik
yang sukar dicari pada orang lain. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan
diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi
kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika
kamu rasa gembiri, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih
cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri
kamu lebih dekat lagi.
LIME (WARNA BUAH LIMAU)
Sifat kamu yang
tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga
mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak
cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu,
kamu punya personality tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
PERAK
Ternyata kamu ini
seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat balam
bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya
sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu
yang baru mampu menstabilkan keadaan, bukan apa kamu suka mencabar diri kamu
sendiri untuk melihat sejauh mana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta,
kamu lebih suka bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun
hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi
usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
HITAM
Kamu gemar kehidupan
yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah
ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni akan pantang dicabar. Tapi
kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu
membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga
begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu
berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
OLIVE (WARNA BUAH ZAITON)
Bagi kamu yang
mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang
lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan
diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan
mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun
ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta,
kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
PERANG
Kamu seorang yang
sukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi
memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan
positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak
sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu
mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu
kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungki ‘rezeki’
kamu untuk memilikinya nanti?
KELABU
Kebanyakkan meraka
yang diwakili oleh warna kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu
juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula
sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh seiapa saja! Kamu juga seorang yang
tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka
meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu
amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu
miliki itu.
BIRU
Ternyata kamu seorang
yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah
macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan
kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cenderung ke arah
kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mempu menjadikan
kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu
mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang
lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai
si dia setulus hati. Silap sendirilahkan? Kalau kamu mahukan hubungan itu
berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
BIRU LAUT
Kamu mencintai diri
dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya. Bagi kamu, jika kamu tak
sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti
menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga
berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati-hati dengan sikap pemarah kamu
tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi,
belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan
si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak memaafkan orang lain sedangkan kamu
sendiripun ada melakukan kesilapan!
PUTIH
Kamu punya matlamat
yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mengapatkannya. Orang lain juga
sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak
berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu
orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia.
Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta
namanya!
(AQUA) BIRU KEHIJAUAN
Mak oi!
Angin satu badan kamu ni rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara
tiba-tiba hingga kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga
membuat kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka
melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah
percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta
sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering
tertipu serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan
membuta tuli, kelak memakan diri.
Aku mmg suke bnde2 gini sbb kalo tgk kaler birthday aku, mmg sama le tu ngn perangai buruk aku haha Bile birthday aku?? Raksia laaa. Ko taw??? Shadapppppp!!!! haha
0 comments:
Post a Comment